Pages

Monday, March 26, 2012

::.. Takziah ..::

Assalamualaikum..

Td petang dpt 2 berita kematian. Inalillah.... Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat serta segala amalan mereka diterima setimpal dgnnya. Amin.

Takziah utk staf di usm kerana kembalinya anak beliau kerahmatullah.

Utk shahrul a.k.a abah adam ismat dan ibunya.. Takziah atas pemergian tok kesygnnya.. Drpdnya kita dtg, kepadanya jugalah kita kembali.

-Al-Fatihah-

::.. Gulai penang ..::

Assalamualaikum..

Bila dah cuti dek tak sihat.. Nk keluar mmg x larat. Mujuq la kelmarin dh beli ikan fresh2 d kg nelayan.. So hr ni peti ais mmg full dgn ikan.. Mmg klu ikutkn awin x larat sgt. Kepala ni berat sgtt.. Demam urat gamaknyaa..

Mau xmau.. Awin masak jugak la. Buat gulai ja.. Paling senang. Tp sory la utk anak teruna n papa.. Yg tuh ja larat pun, sayur xde yer.. Next time.

Tp sempat gak haikal snap pic. Katanya nnti mama blh msk dlm blog. Hahaha dia pun dh tau!!

Gambar ni susunan mmg out.. Awin update guna fone ja. Nti ada ms awin adjust k..

::.. Anak dara???? ..::

Assalamualaikum..

Blh tlg jawab x??? Aiyioo.. Aisya la ni suka ragassss merata.. Mama x tau la nk ckp apa dah.. X bg, nnti reyau, bila bg mama pun pening!!!! Sopan2 tauuuu, kamu tu pmpn sayangggg oiiiii... Bknnya lelaki.. Jaga perilakumu ok.. Nnti klu jatuh sapa susah?? Mm ni laaa.. Dl kecik2 diam jaa.. Asik tnya, bila aisya nk main ngn mama ni?? Haaaa nahhhh hambikkk kauuu!! Rskannn!!! Nak sgtttt.. Hehehe.. Apa2 pun aisya mmg penyeri segala2nys!!!

::.. Nyah kauuu dr sini ..::

Assalamualaikum..

Hr ni mood gelong supa tong kosong kena golek.. Dh rs dr semalam lg.. Mai pagi ni terus out!! Sakit pingang yg amat.. Fluuu.. Haiyaa.. Nyah kau!! Nyahhh!! Nk p klinik today.. Nk bw aisya gurl gak.. Mukanya dh penuh dek nyamuk2 jantannnn gigit!! Papanya risau sgt.. Tkt nnti demam lah, campak lah, mcm2 laaa.. So turutkn hati papanya.. N smlm aisya dh muncul 2 btg gg.. Aikkk aisya nk tmbh gg, mama lakkk demam??? Yapedaaaa...

Tuesday, March 20, 2012

::.. RUn aisya... run!!!!! hahahaha.. ..::

ASSALAMUALAIKUM..

wahhhh hari ni semangat berkobar2 nk donlod gambar anak dara ni... hehehe.. lawakkkk sgtttt... aisya main ngn abang.. bukan main sonok dia... berpeluh sakan.. last sekali terbungkang sudahhhh... mmg sangat lena tidur aisya malam tuuuu... klu nk tau.. mcm tu la aisya kat rumah.. kerjanyaaaa gelakjaaaaa... klu nangis makna kata.. LAPAQQQQ.. atau MENGANTUK.. dia dah charge batery semua cukup.. ampa standby laaaaa dia nak meragas...

meh tgk hat ni dulu... dok gila nk jalan.. tak padan ngn konek ja ni..

video

yg nie paling lawakkkkkk... tak caya tgk laaaaa...

video

Monday, March 19, 2012

::.. Set Fire To The Rain ..::

tak tau nk habaq la.... punya suka lagu2 ADELE ni.. auchhh..

I let it fall, my heart
And as it fell, you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me
My hands, they were strong, but my knees were far too weak
To stand in your arms without falling to your feet

But there’s a side to you that I never knew, never knew
All the things you’d say, they were never true, never true
And the games you’d play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
‘Cause I heard it screaming out your name, your name

When laying with you I could stay there
Close my eyes, feel you here forever
You and me together, nothing is better

‘Cause there’s a side to you that I never knew, never knew

And the games you’s play, you would always win, always win

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
‘Cause I knew that that was the last time, the last time

Sometimes I wake up by the door
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we’re already over
I can’t help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watched it pour as I touch your face

‘Cause I knew that that was the last time, the last time, oh
Oh, no
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn

Thursday, March 15, 2012

::.. we talk abot MARRIAGE ..::

ASSALAMUALAIKUM..
Iskh.. lama benor rasa awin tak hapdate kan... citer basi pun banyak ni.. terutama citer ke USS tu.. adoiii... naper la awin sangat BZ skrg ni?? ermmm.. ok la.. nnti awin try habiskan n3 uss tu k.. hikhikhik..

seminggu ni bila buka ja FB.. semua isu RUMAHTANGGA.. ada yg bahagia.. ada yang derita.. ada yang dpt org baru.. dan segala bagai lagi la... bila baca kadang2 tuh buat awin tersenyum.. coz kadang2 bnda tu terpacak betui kena kat batang hidung ni haaa... telan air liur jer la.. nk kata apa kan.. ku terima dgn hati yang terbuka.. hek..

meh sini awin nk kongsi beberapa tips2 yang kita blh simpan dan guna pakai ok.. jgn simpan ja... pastu dok wat rancak kata kita ni dah buat segala bagai.. dont!!! Tuhan marah k.. takmo..takmo..
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya........
Inilah realitinya sesebuah perkahwinan... sapa setuju angkat tangan?? pada awin.. YES!! sangat tepat.. cinta ni sapa2 saja boleh ungkap.. bermodalkan air liur bercakap mmg semua suka.. cuba kalau setiap patah yang kuar, ampa dikenakan bayaran.. mampuih semua pakat pikiaq habis2 sblm nk berkata2... cuma awin blh kata.. PERBUATAN mahupun PERKATAAN biarla seiring!! ada org kata.. ala CINTA pun nk kena ungkap ka??? simpan dalam hati sudah la.. aku ja tau aku syg dia ke tak.. tak yah kecoh!! OHHH NOOO!! anda salah ok... selagi hg tak ucap kata2 cinta.. hg pendam sorang.. lama2 sikit.. GOODBYE la!!! dia dok rasa hg tak cinta dia.. dah tu 24jam muka sekupang lima duit.. ingat ok.. SEIRING!!! SEIRING!!!...

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu. Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan..............?
ERmmm... yg nie yg awin rasa nk komen meluak2 sangat.. tapi dalam masa yang sama.. terdiam seribu bahasa jugak... AM I?? huh...
kita org pmpn.. sangat mudah utk menyayangi.. dan kita sangat setia pada janji2 kita.. sekali diungkap kata sayang tu.. selamanya dia sayang dan tak mungkin berpaling tadah melainkan.... ?? (pk sndiri k..) tapi bila sekali juga perasaan sayang itu berubah kepada BENCI.. sangat susah utk dimaafi.. itu lah kaum wanita.. hargailah setiap inci bibit2 sayang itu..

“Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. “

“Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku.”

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!!!!!!
YESSS!! im agreeeeee... klulahhhh kita tau.. mesti kita takkan nak semua ni terjadi kan.. itu kalau.. so tak pyh dok citer la.. jgn dok buat ayat nyesal gila.. sebaiknya REDHOLAH.. sbb percaya.. klu pun kita ni telah berusaha keras mencari jodoh sehabis baik sbb awin pecya smua org nk yang terbaik.. klu itu dah tertulis DIA jodoh buat kita.. bumi terbelah 4 pun.. DIA ttp jodoh u olls!! belajar utk REDHO.. dan sebaiknya pelihara lah sebaik mungkin.. insyaALLAH hapines will b come..

Apa yg anda katakan terhadap diri sendiri adalah jauh lbh penting drp apa yg org lain katakan terhadap anda...........
Oleh itu, sentiaselah berkata sesuatu yg positif kpd diri sendiri, itu petanda anda telah BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI....

Ingatlah, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UTK BERSANGKA BAIK KPD ORG LAIN.............

so now... im learn.. b positif on my self!!!

Siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa…...
Apakah kita TERLALU SUCI untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia.... Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita......
ini juga yang awin belajar... sbb awin ada 1 sifat yang bila marah.. sukar utk memaafkan.. sebaliknya benci yang timbul.. so sad!! belajar utk memaafkan walau seperit mana sekalipun.. if kita bersabar.. believe 1 day.. pasti ada kebaikannya!! AMIN.

Kamu Berkahwin Kerana Apa?

Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka... pasangan rajin bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.

Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.

HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya . Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

yesss.. i loike kenyataan di ataas... sangat betul dan tepat!! belajar la wahai suami/isteri d luar sana denga perkara sebegini..

to dearest husb Roslan,
Im try to b d best 4 u.. klu hubs tak dpt apa yang hubs kehendaki.. itu semua d luar jangkaan wifey. Saling memaafi mmg indah.. tapi utk ungkapkan bukan senang dan mudah. Moga hubungan kita berkekalan hingga ke hujung nyawa kita.. Wat i get, i giv back.
HUG..HUG... DEEEEPPPP

Friday, March 9, 2012

::.. Kisah di Pagi Jumaat, Aurat itu WAJIB atau sebaliknya ..::

ASSALAMUALAIKUM..
Salam pagi jummat yang penuh dgn keberkatan.. hujan renyai2 di luar sana seolah2 mengambarkan betapa sayunya hati wanita ini.. bnyk bnda yang dipikirkan lately ni.. nk kata senyum mmg senyum.. tapi hati tak siapa yg tahu.. inilah dia dugaan yang datang tanpa kita duga.. tapi sebagai hambanya... saya pasti setiap dugaan yang datang ada hikmahnya.. tuhan mahu menguji sejauh mana kita mampu bertahan dan berpegang teguh dgn imanNYA.. bnyk2 la beristigfar... insyaALLAH we find the way..

topik hari ni awin nk share berkaitan AURAT WANITA.. bukan nk kata awin ni perfect.. dah bertudung d kira perfect n jaminan utk masuk syurga.. awin ni hanya hamba allah yang dhaif.. mana ada umatnya yang nk menjejak kaki ke neraka.. sbb tuh kita d suruh utk tidak mengengkari perintah allah.. jom sama2 ktia perbetulkan diri kita.. khas utk semua terutamanya diri awin sendri!!

Dewasa ini kita menyaksikan ramai wanita yang telah memakai tudung di tempat-tempat awam samada yang berjubah, berbaju kurung atau berseluar. Ini merupakan satu fenomena yang baik jika dibandingkan dengan zaman datuk nenek kita yang mana sukar untuk kita melihat para wanita memakai tudung. Namun begitu, ada juga sesetengah wanita di zaman ini yang kurang mengerti apakah pengertian sebenar menutup aurat. Sekadar memakai tudung di tempat-tempat awam telah disangkanya menutup aurat, sedangkan menutup aurat dan hanya memakai tudung melitupi kepala adalah dua perkara yang berbeza. Fenomena bertudung ini akan bertambah baik sekiranya para wanita memahami pengertian aurat dan bagaimana menutup aurat dengan sempurna serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Artikel ini akan cuba untuk mendefinisikan apakah aurat wanita yang sebenar dan penulis akan membawakan dalil yang menunjukkan kewajipan menutup aurat menurut al-Quran dan Sunnah, syarat-syarat pakaian yang menutup aurat menurut syara’ serta definisi mahram.

Kepentingan menutup aurat

Mengapa manusia perlu menutup aurat? Dan mengapa urusan berpakaian ini tidak diserahkan kepada manusia? Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah pencipta kita, Dia lebih mengetahui perihal hambaNya lebih daripada hambaNya mengenali dirinya sendiri. Jika urusan pakaian ini diserahkan kepada manusia, nescaya ia boleh membawa kepada kerosakan. Kita lihatlah sendiri, sedangkan hukum pun telah ditetapkan, ramai wanita yang hampir sahaja bertelanjang di luar sana, apatah lagi jika hukum ini diserahkan kepada manusia. Setiap insan, baik lelaki mahupun wanita, perlulah berpegang teguh dengan pakaian syar’ie iaitu cara penutupan aurat yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak semestinya perihal berpakaian ini termasuk urusan keduniaan, maka kita sewenang-wenangnya boleh melanggar perintah ini. Seperti yang kita sedia maklum, Islam merupakan agama yang meliputi urusan akhirat dan dunia. Oleh itu, ketaatan merupakan suatu kewajipan bagi kita terhadap kedua-dua jenis urusan ini, baik ukhrawi mahupun duniawi.

Definisi aurat

Dari segi bahasa, aurat membawa maksud kecacatan atau keaiban pada sesuatu. Ia juga bermaksud apa jua yang ditutupi oleh manusia kerana rasa malu[1]. Manakala secara istilahnya, aurat bermaksud setiap anggota yang wajib ditutup dan haram untuk dilihat[2]. Di sini, penulis akan membincangkan apakah anggota yang wajib ditutup oleh seorang wanita Muslimah yang telah baligh. Apabila kita membincangkan aurat yang wajib ditutup, ia mempunyai cabang yang banyak; aurat di hadapan mahram, aurat di hadapan bukan mahram (ajnabi), aurat di hadapan suami, aurat di hadapan wanita Muslimah atau kafir. Tulisan ini secara khususnya akan membincangkan aurat yang wajib ditutup di hadapan bukan mahram. Definisi mahram dan penerangan lanjut mengenainya akan diterangkan kemudian di dalam penulisan ini.

Dalil wajibnya menutup aurat

Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)

Allah Ta’ala juga menyebut di dalam al-Quran :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)

Seterusnya, Allah Ta’ala juga menyebut :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.

Dalam masalah aurat ini, Dr. Abdul Karim Zaidan hafizhahullah mengatakan kaedah yang diguna pakai secara umumnya ialah : “Setiap aurat wanita wajib ditutup dan disembunyikan dari pandangan lelaki yang bukan mahram, dan anggota badan wanita yang bukan aurat boleh dinampakkan dan tidak perlu ditutup dari pandangan lelaki yang bukan mahram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu”[3]. Apakah anggota badan wanita yang dikira aurat dan apa pula yang bukan aurat? Majoriti para ulama’ mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita ialah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu menafsirkan ‘kecuali yang (biasa) nampak daripadanya’ dari ayat 31 dalam surah al-Nuur sebagai muka dan tapak tangan[4]. Jadi setiap wanita Muslimah yang telah baligh wajib menutup seluruh anggota badannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha maksudnya : “Asma’ binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : ‘Wahai Asma’, sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini’, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya”[5].

Syarat pakaian wanita Muslimah

Menutup aurat bukanlah juga semata-mata tidak menampakkan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, tetapi syariat Islam telah menetapkan beberapa syarat pada pakaian wanita Muslimah. Setiap syarat ini perlu dipatuhi supaya ianya memenuhi maksud menutup aurat itu sendiri. Jika salah satu syarat ini tidak dilaksanakan oleh seseorang wanita itu, maka ia tidak dikira sebagai menutup aurat.

Pertama; hendaklah pakaian itu melitupi seluruh badan kecuali anggota yang bukan aurat. Syarat ini telah dibahaskan serba-sedikit di atas. Di sini, penulis akan menyebutkan jenis-jenis pakaian wanita yang digunakan untuk menutup aurat.

1) Khimar (tudung). Perkataan khimar ini ada disebutkan di dalam al-Quran dalam surah al-Nur ayat 31. Allah Ta’ala berfirman : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ. Khimar bermaksud kain yang digunakan untuk menutup kepala. Disebutkan di dalam tafsir al-Qurtubi bahawa sebab ayat ini turun adalah kerana wanita pada masa itu memakai tudung dengan mengikatnya dan melabuhkannya ke belakang, oleh itu ia menampakkan leher dan telinga. Kemudian Allah memerintahkan supaya tudung tersebut dilabuhkan ke atas tempat potongan leher supaya ia menutup dada mereka[6]. Oleh itu, dari ayat ini serta sebab turunnya ayat ini, jelaslah seorang wanita Muslimah itu mesti memakai tudung dengan sempurna dengan tidak menampakkan leher, telinga dan dada.

2) Jilbab. Perkataan jilbab disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab ayat 59. Allah Ta’ala berfirman : يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا. Ibn al-‘Arabi rahimahullah berkata mengenai tafsir ayat di atas : ‘Manusia berselisih pendapat mengenai makna ‘jilbab’ dengan lafaz yang saling menghampiri maknanya antara satu sama lain. Secara umumnya, ia adalah baju yang dipakai untuk menutup seluruh anggota badan’[7]. Jilbab atau dalam erti kata lainnya, pakaian yang menutup aurat wanita itu wajib dipakai ketika keluar dari rumah supaya aurat wanita terlindung dari pandangan lelaki ajnabi. Selain itu, ia juga wajib dipakai walaupun di dalam rumah sekiranya ada lelaki yang bukan mahram. Ini adalah satu perkara yang sering disalah fahami oleh wanita zaman sekarang. Mereka beranggapan bahawa menutup aurat itu hanya apabila keluar dari rumah sedangkan aurat itu perlu ditutup dari terlihat oleh lelaki yang bukan mahram, tidak kiralah walau di mana jua pun tempatnya.

Kita telah mengetahui bahawa wanita wajib menutup seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan, adakah ini bermakna panjang kain wanita itu tiada hadnya dan dia boleh melabuhkannya sesuka hati? Kita lihat suatu hadis yang berbunyi : ‘Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha isteri Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata kepada Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam ketika Baginda menyebut mengenai kain sarung (larangan melabuhkannya bagi lelaki) : Bagaimana pula dengan wanita wahai Rasulullah? Baginda berkata : Labuhkanlah ia sejengkal. Ummu Salamah berkata : Jadi akan terlihatlah kaki kami. Baginda berkata lagi : Labuhkanlah sehasta dan tidak boleh lebih dari itu[8]. Maksud hadis ini ialah wanita boleh melabuhkan kainnya dengan kadar sehasta dari paras tengah betis dan tidak boleh lebih dari itu kerana hadis ini telah jelas melarangnya. Pada zaman Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam, para wanita melabuhkan kain untuk menutup kedua kakinya.

Kedua; hendaklah pakaian itu tebal dan tidak nipis. Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku lihat : satu kaum yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, mereka jauh dari ketaatan kepada Allah serta mengajar yang lain tentang perbuatan mereka (tidak menutup aurat), kepala mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak ini dan ini’[9].

Hadis ini menunjukkan bahawa haramnya bagi seorang wanita untuk memakai pakaian yang nipis yang menampakkan warna kulit. Ibn Abd al-Barr berkata : ‘Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam memaksudkan wanita yang memakai pakaian yang nipis yang menyifatkan badan mereka serta tidak menutupinya, mereka ini secara namanya berpakaian tetapi pada hakikatnya bertelanjang’[10].

Ketiga; hendaklah pakaian itu longgar dan tidak ketat. Pakaian yang ketat dan menampakkan susuk tubuh wanita tidak memenuhi maksud menutup aurat kerana ia boleh membangkitkan syahwat dan mendatangkan fitnah serta kerosakan. Pakaian yang ketat tetap dilarang walaupun ianya tebal dan tidak nipis. Dalam sebuah hadis dari Ibn Usamah bin Zaid dari bapanya, beliau berkata : ‘Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam memakaikan aku qubtiyyah (sejenis pakaian dari Mesir yang nipis berwarna putih) yang tebal, yang dihadiahkan oleh Dihyah al-Kalbi. Lalu aku memakaikannya pada isteriku. Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata kepadaku : ‘Mengapa kamu tidak memakai qubtiyyah?’ Aku berkata : ‘Wahai Rasulullah, aku telah memakaikannya pada isteriku’. Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Pergilah kepadanya dan suruhlah dia memakai ghilalah[11] di bawahnya, sesungguhnya aku takut ia akan menampakkan susuk tubuhnya’[12].

Apakah faedahnya memakai pakaian lain di dalam sedangkan baju tersebut adalah tebal? Ini kerana ada baju yang boleh menampakkan susuk tubuh walaupun ia tebal kerana tekstur baju tersebut yang lembut dan licin. Maka oleh itu, wanita perlulah memakai pakaian lain di dalamnya supaya tidak menampakkan lekuk tubuh. Begitu juga jika pada asalnya baju tersebut memang ternyata ketat dan mengikut bentuk tubuh badan, maka ia juga tidak memenuhi syarat menutup aurat dan seorang wanita Muslimah tidak boleh berpakaian sedemikian rupa.

Keempat; pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki. Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata : ‘Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki’[13]. Apabila dalam suatu hadis menyebut perkataan ‘laknat’, ini membawa maksud bahawa perbuatan itu merupakan suatu dosa yang besar. Terdapat banyak lagi hadis yang melarang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Ibn Hajar rahimahullah menjelaskan bahawa perkara yang dilarang serupa antara lelaki dan wanita ialah pakaian, perhiasan, cara bercakap dan cara berjalan[14].

Definisi mahram

Adalah amat penting bagi para wanita untuk mengetahui siapakah mahram mereka supaya mereka dapat menjaga aurat dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya. Mahram ialah lelaki yang haram dikahwini oleh seseorang wanita buat selama-lamanya contohnya bapa kepada si perempuan. ‘Kemahraman’ seseorang itu boleh terjadi sebab nasab (keturunan), penyusuan atau al-mushoharah (disebabkan oleh perkahwinan).

Mahram dari sebab keturunan disebutkan oleh Allah Ta’ala dalam ayat 31 surah al-Nur. Mereka ialah :

  1. Bapa; iaitu bapa dan ke atas (datuk, moyang dan seterusnya) kepada si perempuan, samada dari sebelah bapa atau ibunya.
  2. Anak lelaki; iaitu anak kepada si perempuan. Termasuk di dalamnya ialah anak lelaki kepada anak (cucu) dan ke bawah, samada daripada anak lelaki atau perempuan.
  3. Adik-beradik lelaki; samada daripada yang seibu dan sebapa, atau seibu sahaja atau sebapa sahaja.
  4. Anak lelaki kepada adik-beradik lelaki dan ke bawah.
  5. Anak lelaki kepada adik-beradik perempuan dan ke bawah.
  6. Bapa saudara dari sebelah ibu dan bapa; mereka adalah mahram yang disebabkan keturunan walaupun tidak disebutkan dalam ayat 31 surah al-Nur. Ini kerana mereka menduduki tempat ibubapa. Bapa saudara turut dipanggil bapa; ini direkodkan dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 133, apabila anak-anak Nabi Yaakob ‘alayhis-salam berkata : ‘Kami (akan) menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu (iaitu) Ibrahim, Isma’il dan Ishaq..’. Nabi Isma’il ‘alayhis-salam adalah bapa saudara kepada anak-anak Nabi Yaakob ‘alayhis-salam.

Manakala mahram yang disebabkan oleh penyusuan pula disebut dalam suatu hadis dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha beliau berkata : Selepas turunnya ayat hijab, Aflah, saudara kepada Abu Qu’ais, meminta izin daripadaku untuk masuk, aku berkata : Aku tidak akan benarkan sehinggalah aku minta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam, ini kerana bukan Abu Qu’ais yang menyusukan aku tetapi isterinya yang telah menyusukan aku. Kemudian Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam masuk kepadaku, lalu aku berkata kepada Baginda : Aflah, saudara Abu Qu’ais meminta izin kepadaku tetapi aku tidak benarkan sehinggalah aku meminta izin darimu. Lalu berkata Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : ‘Apa yang menghalang engkau untuk membenarkan bapa saudaramu masuk kepadamu?’ Aku berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya bukan lelaki itu yang menyusukan aku tetapi isteri Abu Qu’ais yang menyusukan aku. Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Izinkanlah dia, sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu’. Berkata ‘Urwah : Oleh itu, ‘Aisyah mengatakan apa yang haram disebabkan keturunan itu adalah haram juga disebabkan penyusuan[15].

Dan mahram yang disebabkan oleh mushoharah bermaksud mahram yang disebabkan oleh perkahwinan. Contohnya, bapa kepada si suami (bapa mertua) menjadi mahram dan haram berkahwin dengannya selama-lamanya walaupun perempuan tadi telah bercerai dengan suaminya. Begitu juga anak lelaki kepada si suami yang datang daripada isterinya yang lain juga menjadi mahram kepada perempuan tadi. Dan suaminya juga menjadi mahram kepada ibu perempuan.

Inilah serba-sedikit perincian mengenai hukum-hakam dalam menutup aurat. Semoga para wanita Muslimah dapat memahami apakah tuntutan syara’ yang sebenar dalam kewajipan mereka untuk menutup aurat dan semoga setiap butir ilmu ini dijadikan amalan dan praktikal dalam kehidupan seharian. Allahu’alam.

Wednesday, March 7, 2012

::.. Kebizian terlampau2 ..::

ASSALAMUALAIKUM..

lama awin tak hapdate kan... holiday ke singapore pun terbengkalai tak habis lagi ni.. haishh.. mmg bz terlampau la rasanya.. awin ada 2 tangan 2 kaki.. tapi badan kena belah 4... so how?? tuh yg lipas kudung ka gaban ka dinosor pun kalah ok..

mula2 awin bz ngn PROPOSAL DEFENSE.. mmg sampai kena stay back oso mai kerja sabtu ok.. tapi takpa.. kerja kena laksanakan juga.. then bz pulak SUKJAP.. u olls tau ka SUKJAP tu apa.. meh sini nk habaq.. SUKAN ANTARA JABATAN/PUSAT PENGAJIAN (USM). sbb apa awin bz??? sbbnya awin adalah konvenor kepada BOLA JARING USM.. every meeting kena atend.. dan segala pelaksananya kena atur.. dari segi bajetnya, tmptnya, pengadilnya n bla..bla..bla.. tapi mujur ada kawan2 yg best ok.. k.ana, farah, k.sal, k.kasma, jue, k.azu dll... u olls mmg besttt...

ermmm.. tak habis dgn yg tu.. sibuk sama ngn di opis ni.. time la berduyun2 student nk wat PREVIVA.. wat to do.. my work... so.. buat la!!! hg nk gaji buta ka awin?? hahahaha... tapi awin enjoy..

balik rumah dah sibuk sbg suri rumah tanga.. masak, membasuh, mengemas oso merehatkan diri (ada ka masa nk berehat??? mcm takda jaaaaa... huhu) tp takpa.. im hepy.. apa2 pun yg awin buat.. famly come 1st!! so.. dh mmg tangungjawab.. jgn dok merongot ok!!

Dlm masa yg sama.. bz meniaga ON9 ok!!! masa ni la jugak cust berduyun2.. ALHAMDULILLAH.. Allah murahkan rezeki awin disini.. bnyk sebenarnya projek awin utk biz ni.. tapi nnti dulu la.. tngh dok diskus2 lagi ngn my aunt di KL sana... hope apa yg awin inginkan semua berjalan dengan lancar cuma cepat dan lambat shj.. apa yg ada skrg.. usaha dan doa mengiringi.. kawan2 pun doakan jugak k..

luv.. hug..

Friday, March 2, 2012

::.. Someone Like u ..::

suka melodi lagu nieee... sangat2 menyentuh jiwaku!! werghhhh..
tis song from ADELE my pebret singer!!

I heard that you’re settled down
That you found a girl and you’re married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn’t give to you

Old friend, why are you so shy?
It ain’t like you to hold back or hide from the lie

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it
I hoped you’d see my face & that you’d be reminded
That for me, it isn’t over

Nevermind, I’ll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don’t forget me, I beg, I remember you said
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, yeah

You’d know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summery haze
Bound by the surprise of our glory days

lyricsalls.blogspot.com

That for me, it isn’t over yet

"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead", yay

Nothing compares, no worries or cares
Regret’s and mistakes they’re memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

Nevermind, I’ll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don’t forget me, I beg, I remembered you said

My little angel...

Lilypie Maternity tickers

Total Pageviews

penyeri blog Mummy awin..

Powered By KakiBlog

sahabat handai

~HargaiLah Masa & WaKtu~

~PARA-PARA PENGUNJUNG~ TKS...