Pages

Wednesday, September 28, 2011

Perkembangan Bayi..

Bulan

Pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan

kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.

Bulan

ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan

keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan

kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.

Bulan

keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

Bulan

ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".

Bulan

kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan:

Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:

Seorang bayi mung kin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan

kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Khas utk semua ibu2 yang menyusu...

Sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus. Bukan tak puas dengan apa yang dah dikurniakan, tapi nak menjadi lebih baik. Tapi maklum saja lah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambah lagi bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh ambil ubat pelangsing sebarangan nak berdiet berlebihan pun tak digalakkan. Takut-takut menjejaskan pengeluaran atau membahayakan bayi yang sedang disusukan.

Menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. Kalau ikut omputeh pulak, breakfast like a king, lunch like a beggar (kott..hehe) Apa pun saya notice that kalau makan breakfast yang kenyang, saya takde rasa nak melantak gila-gila masa lunch. Tapi, make sure jangan pulak makan roti canai atau nasi lemak dan mi goreng bagai ya. Sandwich dengan segelas susu atau juice. Sandwich tu 2-3 keping takpe.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti
- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori
- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori
- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu
- Gunakan tangga instead of lift atau escalator

(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran

(9) Sentiasa positif dan sabar.

Ibu-ibu yang menyusukan anak juga dinasihatkan agar tidak menurunkan lebih dari 4-5 pound (lebih kurang 1.8~2.25kg) dalam masa sebulan.
Note : Keperluan protein bagi individu normal adalah 1.2g/kg, keperluan protein bagi ibu hamil adalah 2.5g/kg

Monday, September 26, 2011

Majlis Aqiqah & Berendoi

ASSALAMUALAIKUM... salam sejahtera ollsss...
lamanyaaa tak berpuisi dalam niii.. heehee... masa amat mencemburui diri saya tika dan saat ni.. bukan apa.. sejak ada aisya gurl ni.. rasa mcm nk tatap muka diaaa aje.. nk belekk muka dia aje.. tambah skng ni dh pandai sembang.. haishhhh bikin gerammm sgttt sama diaaa...
Memang rabong sangat si aisya nie.. papa dia cakap..rabongnya ikut mama dia lerrrr... klu ikut papa dia.. mesti pendiamm.. hehehe... ok la tuh!!

Yg nie nk N3 citer aqiqah n berendoi aisya.. pada 18 september 2011 (ahad)
ALHAMDULILLAH.. majlis berjalan dengan lancar... tetamu yang datang jugak tak putus2 sampai ke malam.. Lauk pauk juga mencukupi.. alhamdulillah.
Menu hari tu tak banyak sangat but nice..
NASI TOMATO, KAMBING MASAK ROS, KURMA DAGING, DALCA, AYAM GORENG, KUIH MUIH, JERUK ASAM, NASI HIMPIT, KUAH KACANG

Sesi pagi ada bacaan tahlil dari org surau.. then baru bermulanya org ramai datang.. and pkl 3pm cmtuh.. acara marhaban dan berendoi..
aisya 1st time naik endoi.. tercengang2 dia.. booolaattt jer biji mata tu.. gaknya konpiuss kot.. awat yg dok rasa lain mcm jaaa.. dia pun tak leh nk lena.. tapi diam aja... walaupun majlis sederhana jer tapi rasa penat tuh mmg dasattt.. ahahaha... bygkan lah dari pagi sampai malam punya dok bertungkus lumus... tup2 isnin tu dah nk mula keja.. pengsannnn...
tapi ttp pergi keja coz dh rindu sgt nk masuk keja... 3 bulan mmg lamaaaa.. tapi besttt

niela budak tomeyyy tu.. hari aisya naik endoi.. mama boh gonn kat diaaa... semua pakat dok geram tgk... tambah2 mama boh cincin kat tangan dia.. semua pakat dok geram ttgk jari haluihh dah pakai cincin.. hehe

nie la endoi aisya.. mama buat khas utk anak mama.. tak yah nk sewa2.. bazir duit jer.. hehehehe

credit to all marhaban grop... mmg besttt... ramai lakkk tu yg datangg...

saat aisya berendoi... mama setia menemani aisya.. :)

door gift pada tetamu...

Terima kasih pada semua yg hadir dan membantu dalam majlis ini.. semoga tuhan membalas jasa semua.. sayanggggg sgttt... muahh..muah...

My little angel...

Lilypie Maternity tickers

Total Pageviews

penyeri blog Mummy awin..

Powered By KakiBlog

sahabat handai

~HargaiLah Masa & WaKtu~

~PARA-PARA PENGUNJUNG~ TKS...